(Translated by https://www.hiragana.jp/)
Bulan (takwim) - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Bulan (takwim)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 881582 pada 17:38, 21 Julai 2009 oleh Loveless (bincang | sumb.) (bot menambah: war:Bulan (oras))

Bulan ialah seunit masa yang disukat melalui takwim, yang lebih kurang sama lamanya dengan sesuatu tempoh kitaran Bulan. Konsep ini berasal dari kitaran fasa bulan; tempoh bulan (qamarian) sebegini dipanggil bulan sinod yang mengambil masa 29.53 hari. Dari mengkaji alat gundal tinggalan purba, para pengkaji mengesahkan manusia reti menghitung hari mengikut peredaran bulan seawal Zaman Paleolitik lagi. Bulan sinod tetap menjadi asas kepada kebanyakan takwim yang dipakai hari ini.